Slider

Menangani Anak Biadab Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption

Ahad, 11 Ogos 2013

Kisah Nabi Adam alaihissalam di dalam al-Qur'an



Kita telah mendengar dan membaca kisah para Nabi dan Rasul semenjak dari kecil. Kebanyakkan kisah-kisah tersebut meresap di dalam jiwa kita dan menjadi sebahagian daripada hidup kita. Apabila kita semakin dewasa kita dapati pelbagai edisi kisah dan pandangan tentang kisah-kisah Nabi dan Rasul kerana banyakknya pengaruh Israiliyat di dalam kisah-kisah tersebut. Sebahagian daripada umat Islam mungkin membesar dan percaya bahawa Nabi Adam a.s diturunkan ke muka bumi kerana dosanya dan punca peristiwa tersebut adalah pujukan Hawa yang mendengar bisiskan syaitan. Adakah apa yang anda dengari atau baca selama ini daripada al-Qur'an dan hadis? 

Kisah Nabi Adam a.s di dalam al-Qura'an

Surah al-Baqarah ayat 30:

2:30

Maksudnya : Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat "Sesungguhnya aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka Bumi. " Mereka berkata "Mengapa engkau ingin menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan menyucikanMu?" Allah berfirman "Sesunguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".

Surah al-Baqarah ayat 31:

2:31
Maksudnya : Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama kesemuanya kemudian ditunjukkan kepada Malaikat lalu Dia berfirman "Sebutkanlah kepadaKu nama-nama itu sekiranya kamu dari golongan yang benar".

Surah al-Baqarah ayat 32 :

2:32
Maksudnya : Mereka berkata "Maha Suci Engkau ! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain yang Engkau ajarkan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Surah al-Baqarah ayat 33:

2:33
Maksudnya : Allah berfirman "Wahai Adam, beritahulah nama-nama itu kepada mereka" Setelah (adam) memberitahu nama-nama tersebut Allah berfirman "Bukankah telahKu katakan kepada kamu bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan aku mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan".

Surah al-A'raf ayat 11:

7:11
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami menciptakan kamu, lalu kami bentuk rupa kamu kemudian kami berfirman kepada malaikat-malaikat "Sujudlah kamu kepada Adam" Lalu mereka sujud melainkan iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.

Surah al-Baqarah ayat 34 :

2:34

Maksudnya : Dan ingatlah Kami berfirman kepada malaikat "Sujudlah kamu kepada Adam" maka sujudlah mereka kecuali Iblis yang enggan dan takbur lalu termasuklah ia ke dalam golongan kafir.

Surah al-A'raf ayat 12 :

7:12
Maksudnya : Allah berfirman "Apakah yang menghalangmu untuk bersujud ketika aku perintahkan kamu?". Iblis menjawab "Aku lebih baik daripada dia, Engkau ciptakan aku daripada api sedangkan dia daripada tanah".

Surah al-A'raf ayat 13:

7:13
Maksudnya : Allah berfirman "Turunlah kamu daripada syurga ini kerana tidak sepatutnya engkau berlaku sombong di dalamnya, oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".

Surah al-A'raf ayat 14 :

7:14
Maksudnya : Iblis berkata "Berilah tempoh kepadaku hingga hari kebangkitan mereka"

Surah al-A'raf ayat 15:

7:15
Maksudnya : Allah berfirman " Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tempoh"

Surah al-A'raf ayat 16:

7:16
Maksudnya : Iblis berkata "Kerana engkau telah menghukum aku sebagai sesat, aku akan benar-benar menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus".

Surah al-A'raf ayat 17:

7:17
Maksudnya : "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta kiri mereka, dan Engkau akan dapati kebanyakan dari mereka tidak bersyukur"

Surah al-A'raf ayat 18:

7:18
Maksudnya : Allah berfirman "Keluarlah engkau dari syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmmu, pasti akan Ku isikan neraka jahannam dengan kamu semua".

Surah al-A'raf ayat 19:

7:19
Maksudnya : "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di dalam syurga serta makanlah sepuas-puasnya apa yang kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini yang menyebabkan kamu termasuk orang yang zalim"


Surah al-Baqarah ayat 35: 

2:35

Maksudnya : Dan Kami berfirman " Wahai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di Syurga ini dan makanlah makanan apa sahaja yang kamu berdua sukai sepuas-puasnya dan janganlah kamu mendekati pohon ini yang menyebabkan kamu termasuk orang yang zalim.

Surah al- A'raf ayat 20:

7:20
Maksudnya : Kemudian syaitan membisikkan kepada mereka berdua supaya keduanya menampakkan aurat yang sekian lama tertutup sambil berkata "Tuhanmu melarang kamu daripada pohon ini kerana tidak mahu kamu menjadi malaikat atau kekal (di dalam syurga)"

Surah al-A'raf ayat 21:
7:21
Maksudnya : Dan dia bersumpah kepada keduanya "Sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat kepada kamu berdua"

Surah al-A'raf ayat 22:

7:22

Maksudnya : Lalu dia membuat mereka jatuh dengan tipu daya. Apabila merasa pohon itu maka terdedahlah aurat mereka lalu mereka mulalah menutup dengan daun-daun syurga. Serta Tuhan mereka menyeru "Bukankah Aku telah melarang kamu dari pohon itu dan syaitan itu musuh kamu yang nyata?"

Surah al-Baqarah ayat 36:

2:36

Maksudnya : Setelah itu Syaitan gelincirkan keduanya dari syurga yang menyebabkan terkeluar keduanya dari keadaan asal dan Kami berfirman "Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain dan bagi kamu disediakan tempat di bumi dan mendapat kesenangan hingga ke suatu masa".

Surah al-Baqarah ayat 37:

2:37
Maksudnya : Kemudian Adam menerima beberapa kalimah daripada Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi"

Surah al-A'raf ayat 23:

7:23
Maksudnya : Keduanya berkata "Wahai Tuhan kami, kami lah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami nescaya kami menjadi orang-orang yang rugi".

Surah al-A'raf ayat 24:

7:24
Maksudnya : Allah berfirman "Turunlah kamu semua dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengah yang lain dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu masa yang ditetapkan"

Surah al-A'raf ayat 25:

7:25
Maksudnya : Allah berfirman lagi "Di bumi itu kamu hidup dan di sana kamu mati dan darinya kamu dikeluarkan"

(Harap maaf... saya akan kemaskini isi topik ini secepat mungkin ^_^)







Selasa, 26 Mac 2013

Ulasan Buku : Menangani Anak Biadab


Tajuk buku : Menangani Anak Biadab
Pengarang : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan Noor Aishah Husain
Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd.
Tempat : Kuala Lumpur
Harga : RM16.00
ISBN : 978 -967-388-029-4
Muka Surat : 104

Ulasan reka bentuk kulit dan reka letak

Reka bentuk kulit buku amat menarik dan kreatif sebagaiman yang dilihat pada paparan. Reka letak di dalam  buku juga tidak kurang menarik sebagaimana kulit. Penuh dengan ilustrasi dan 100% berwarna. Walaupun anda bukan seorang yang minat membaca, anda mungkin akan membelek buku ini hingga habis kerana ilustrasi yang berwarna-warni, kemas tersusun dan menarik.



Ulasan isi buku

Menangani Anak Biadab terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

  • Bahagian 1 : Punca Anak Menjadi Biadab
  • Bahagian 2 : Cara Menangani Anak Biadab
Bahagian 1 menerangkan 21 sebab mengapa anak menjadi biadab dan bahagian 2 pula menerangkan 21 cara menangani anak biadab.

Susunan ayat yang dimulai dengan point utama kemudian diikuti dengan ulasan ringkas dan kadangkala diikuti hadis atau petikan ayat motivasi tidak ubah seperti gaya Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Apabila kita membaca kita akan berasa seolah-olah kita sedang mendengar beliau sedang memberi motivasi.

Walaupun buku ini mengandungi 104 muka surat ada tidak memerlukan masa yang panjang untuk menghabiskan bacaan kerana kandungan ilustrasi yang banyak. Buku ini amat sesuai dibaca oleh hampir setiap peringkat umur.

Sedikit dari saya

Orang kata mencegah lebih baik daripada mengubati tapi kalau dah kena nak tak nak terpaksa juga diubati.
Begitulah keadaan ibubapa, kalau boleh ingin anak yang sempurna. Tapi dalam mendidik anak dan mencorak tingkah laku anak banyak cabaran dan dugaan jadi kadang-kadang lain yang kita hendak lain pula jadinya.

Siapa yang inginkan anak yang biadap? Siapa yang ingin anak mereka dikata biadap? Secara logiknya tiada siapa yang ingin anak yang biadap.

Kebelakangan ini kita kerap melihat artikel yang melibatkan kekejaman kepada ibubapa dipaparkan di muka akhbar. Pagi ini 25 Mac 2013 saya terbaca artikel ngeri seorang anak memotong kemaluan bapa dan kemaluan sendiri.  http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/Potongzakarsendiri_bapa/Article/

Di dalam buku Menangani Anak Biadap dinyatakan salah satu punca anak menjadi biadap adalah berpunca daripada ibu bapa yang pernah biadap dengan ibu bapa mereka sendiri. Jadi, kalau tiba-tiba kita rasa anak kita mula semacam dan memberontak cuba flasback semula adakah kita pernah biadap dengan ibu bapa kita ketika zaman muda. Sekiranya ada, cepat-cepatlah minta ampun dan bertaubat. Kalau rasa-rasa macam tiada ingat-ingat balik agak-agak kita dah tanya belum khabar ibu bapa kita hari ini?. Agak-agak ada tak kita berdoa untuk ibu bapa kita hari ini? Agak-agak ada tak kita menyusahkan ibu bapa kita terutamanya masa pulang ke kampung seperti tidak menolong di dapur atau tidak membelikan barangan dapur ketika kita berada di kampung.

Kebanyakan ibu bapa tidak berkira dengan anak walaupun sudah berkerjaya besar dan berumah tangga. Walaupun ibu bapa kita tidak pernah menyuruh kita ke dapur untuk membantu atau berpesan membeli barangan dapur ketika pulang ke kampung, itu tidak bermakna kita boleh buat tidak tahu. Berbuat baiklah kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup, InsyaAllah anak-anak kita tidak akan biadap.

Nak tahu lagi macam mana menangani anak biadap? Hehehe boleh lah baca sendiri buku Menangani Anak Biadab.


Di hadapanku ada buku...

السلام عليكم 
Dulu semasa zaman sekolah aku pernah bercita-cita menjadi seorang penulis, tapi tanpa ilmu dan pengetahuan sebuah tulisan tidak membawa makna apa-apa kecuali sekadar sebuah tulisan yang dibaca kemudian dilupakan. 

Hari ini aku aku akan memulakan sebuah tulisan yang ku harap mendatangkan faedah kepada pembaca. Penulisanku mungkin tidak sehebat penulis tersohor, malahan bahasaku mungkin agak tunggang-langgang. Tapi kalau aku tak mula menulis sekarang mana mungkin aku menghasilkan tulisan hebat, mana mungkin bahasaku kemas tersusun.

Di hadapanku ada buku.... ya, mari mulakan sekarang juga...


Tulis , Jangan Tak Tulis HeHeHe...