Tajuk buku : Menangani Anak Biadab
Pengarang : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan Noor Aishah Husain
Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd.
Tempat : Kuala Lumpur
Harga : RM16.00
ISBN : 978 -967-388-029-4
Muka Surat : 104
Ulasan reka bentuk kulit dan reka letak
Reka bentuk kulit buku amat menarik dan kreatif sebagaiman yang dilihat pada paparan. Reka letak di dalam buku juga tidak kurang menarik sebagaimana kulit. Penuh dengan ilustrasi dan 100% berwarna. Walaupun anda bukan seorang yang minat membaca, anda mungkin akan membelek buku ini hingga habis kerana ilustrasi yang berwarna-warni, kemas tersusun dan menarik.
Ulasan isi buku
Menangani Anak Biadab terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
- Bahagian 1 : Punca Anak Menjadi Biadab
- Bahagian 2 : Cara Menangani Anak Biadab
Bahagian 1 menerangkan 21 sebab mengapa anak menjadi biadab dan bahagian 2 pula menerangkan 21 cara menangani anak biadab.
Susunan ayat yang dimulai dengan point utama kemudian diikuti dengan ulasan ringkas dan kadangkala diikuti hadis atau petikan ayat motivasi tidak ubah seperti gaya Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Apabila kita membaca kita akan berasa seolah-olah kita sedang mendengar beliau sedang memberi motivasi.
Walaupun buku ini mengandungi 104 muka surat ada tidak memerlukan masa yang panjang untuk menghabiskan bacaan kerana kandungan ilustrasi yang banyak. Buku ini amat sesuai dibaca oleh hampir setiap peringkat umur.
Sedikit dari saya
Orang kata mencegah lebih baik daripada mengubati tapi kalau dah kena nak tak nak terpaksa juga diubati.
Begitulah keadaan ibubapa, kalau boleh ingin anak yang sempurna. Tapi dalam mendidik anak dan mencorak tingkah laku anak banyak cabaran dan dugaan jadi kadang-kadang lain yang kita hendak lain pula jadinya.
Siapa yang inginkan anak yang biadap? Siapa yang ingin anak mereka dikata biadap? Secara logiknya tiada siapa yang ingin anak yang biadap.
Kebelakangan ini kita kerap melihat artikel yang melibatkan kekejaman kepada ibubapa dipaparkan di muka akhbar. Pagi ini 25 Mac 2013 saya terbaca artikel ngeri seorang anak memotong kemaluan bapa dan kemaluan sendiri. http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/Potongzakarsendiri_bapa/Article/
Di dalam buku Menangani Anak Biadap dinyatakan salah satu punca anak menjadi biadap adalah berpunca daripada ibu bapa yang pernah biadap dengan ibu bapa mereka sendiri. Jadi, kalau tiba-tiba kita rasa anak kita mula semacam dan memberontak cuba flasback semula adakah kita pernah biadap dengan ibu bapa kita ketika zaman muda. Sekiranya ada, cepat-cepatlah minta ampun dan bertaubat. Kalau rasa-rasa macam tiada ingat-ingat balik agak-agak kita dah tanya belum khabar ibu bapa kita hari ini?. Agak-agak ada tak kita berdoa untuk ibu bapa kita hari ini? Agak-agak ada tak kita menyusahkan ibu bapa kita terutamanya masa pulang ke kampung seperti tidak menolong di dapur atau tidak membelikan barangan dapur ketika kita berada di kampung.
Kebanyakan ibu bapa tidak berkira dengan anak walaupun sudah berkerjaya besar dan berumah tangga. Walaupun ibu bapa kita tidak pernah menyuruh kita ke dapur untuk membantu atau berpesan membeli barangan dapur ketika pulang ke kampung, itu tidak bermakna kita boleh buat tidak tahu. Berbuat baiklah kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup, InsyaAllah anak-anak kita tidak akan biadap.
Nak tahu lagi macam mana menangani anak biadap? Hehehe boleh lah baca sendiri buku Menangani Anak Biadab.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan